BLOG INI MERUPAKAN BLOG YANG DIHASILKAN OLEH TENAGA SUKARELA USTAZ-USTAZ KELANTAN BERTUJUAN MENYEMARAKKAN LAGI MUHIBAH DIKALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN jQAF DINEGERI KELANTAN KHUSUSNYA.HARAPAN KAMI AGAR DAPAT DIMANFAATKAN OLEH SEMUA USTAZ DAN USTAZAH DINEGERI KELANTAN.BLOG INI DIHASILKAN ATAS ILHAM YANG DIAMBIL DARI PORTAL USTAZMELAKA.NET YANG BEGITU HEBAT DALAM MENGANGKAT MARTABAT GURU-GURU AGAMA DIPERSADA DUNIA DAN MALAYSIA AMNYA.WASSALAM

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah””. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (H.R. Ibnu Majah)

Sunday, November 22, 2009

ISU PERTUKARAN GURU ...Tukar Oh Tukar


Isu guru yang tak dapat pindah bukan kerana penuh atau tidak, tetapi kesilapan KPM dalam memastikan guru-guru lama mendapat hak yang setimpal.
Ini adalah sebahagian dari tanggungjawab KPM dalam menjaga kebajikan guru-guru.Saya tidak mahu mengulas dan komen panjang hal ini tetapi kadang-kadang kesilapan itu perlu ditegur agar pihak yang berkenaan membuka mata seluas-luasnya.
Perkara ini juga seringkali berlaku dengan menggunakan istilah "orang dalam" ataupun "kabel" menyebabkan guru yang lama bertugas tidak mendapat hak yang sepatutnya.Ini berlaku dan memang berlaku dalam pertukaran guru akademik mahupun guru pendidikan islam.Soalnya kepada siapa yang wajar dipersalahkan sedangkan pada masa yang sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin sibuk melaungkan kempen anti rasuah dan "Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan" dan pada masa yang sama ada lagi segelintir manusia yang tidak mahu berpegang kepada kempen yang diperjuangkan itu.Amat malang sekali negara kita mempunyai pegawai yang malang ini.Sedangkan hasrat PM untuk membangunkan dan memperkasakan Negara Malaysia yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Saya dimaklumkan juga oleh kawan saya seorang ustaz,sudah 8 tahun berada di Pedalaman Sabah tetapi tidak dapat balik namum ada guru yang tak sampai 2 tahun perkhidmatannya sudah dapat balik bertukar di negeri Kelantan.Ini bukan fitnah dan cerita ini ada kebenarannya.saya cuba menyiasat kenyataan kawan saya itu kerana takut ianya adalah fitnah dan kenyataannya memang benar.Tak sampai 2 tahun perkhidmatan sudah dapat pindah.Siapa yang harus dipersalahkan...? BPI ataupun KPM...tepuk dada tanya iman.Saya tak mahu komen dan tulis panjang2 dalam blog ni takut nanti kena saman.Hancur kerjaya saya..tapi saya beranikan diri untuk nyatakan kebenaran dan yang hak kerana nabi sendiri mengarahkan umatnya supaya menyatakan kebenaran walaupun ianya pahit sekalipun.Untuk menyelesaikan masalah ini SPRM wajar bertindak bukan hanya menunggu laporan barulah bertindak.Pantau lah kerja mereka..bimbang nanti ada permainan kotor terkutuk yang sudah lama diamalkan.Rosak negara jika ini berlaku..Allah telah mengingatkan kita dalam firmannya

"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan kamu membawa urusan harta itu ke mahkamah supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahuinya." (Surah al-Baqarah, ayat 188)


Rasuah tidak akan berlaku jika hanya satu pihak yang wujud. Sekurang- kurangnya perlu ada dua pihak bagi membolehkan dosa rasuah berlaku. Oleh itu, kedua-dua pihak terbabit dikira melakukan perbuatan yang diharamkan Islam.
Malah, kedua-duanya dilaknat oleh Allah atas amalan keji itu. Dalam hal ini,

Nabi Muhammad S.a.w bersabda bermaksud: "Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah." (Hadis riwayat at-Tirmizi) Maknanya semua pihak yang terbabit dalam rasuah akan dilaknat oleh Allah. Perkataan laknat dalam al-Quran disebut sebanyak 37 kali.



Mereka yang dilaknat oleh Allah yang disebut dalam al-Quran antaranya:- * Iblis - "Sesungguhnya laknat-Ku tetap ke atasmu hingga hari akhirat." (Surah Sod, ayat 78) * Bani Israil - "Telah dilaknat orang kafir daripada Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampui batas." (Surah al-Maidah, ayat 78)

Jadi dalam kes rasuah, mereka yang mengamal rasuah memang setaraf dengan Bani Israil, iblis dan orang zalim yang lain kerana semuanya mendapat laknat Allah.

Mungkin harta yang diperoleh cepat habis atau mudah hilang sama ada dicuri atau dirompak. Hal itu disebabkan tiada keberkatan dalam rezeki yang diperoleh. Mungkin juga dia cenderung untuk ditimpa sakit, kemalangan dan sebagainya.

Semua ini bala Tuhan yang jarang disedari oleh masyarakat kerana kurang mengaitkan bencana yang menimpa dengan salah laku yang dilakukan. Isu rasuah juga ada kaitan dengan sikap amanah.Orang yang amanah tidak akan melakukan sesuatu yang di luar batas agama kerana tahu setiap amalannya akan dihisab dan dihitung di akhirat kelak. Ia tidak kira sama ada dia seorang pemimpin atau rakyat biasa, ketua atau pekerja biasa.

Jika sesuatu tugas dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah, rasuah tidak akan wujud dalam masyarakat, lebih-lebih lagi di kalangan masyarakat Islam yang percaya terhadap dosa pahala.Mereka menyedari bahawa setiap amalan baik atau buruk dilihat oleh Allah. Semuanya dan dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid.

Saya tahu tulisan ini tidaklah memberi erti apa-apa kepada pegawai yang berkenaan seumpama Anjing menyalak bukit,bukit tak akan runtuh.Tetapi percayalah dan yakinlah bahawa PM dan TPM sedang memerhatikan kerja kita ini.Jangan sampai PM melahirkan kekecewaan dengan Indeks Prestasi Kerja barulah pegawai berkenaan terjolok biji mata untuk mengatur langkah.Atasilah perkara ini secara bijaksana agar tidak menganiayai sesiapa.Dan yang paling penting Allah melihat kerja yang dilakukan itu jujur atau sebaliknya.

Sedikit peringatan dan nasihat dari saya kepada yang memegang jawatan ini agar lebih berhati-hati dan telus dalam menyelesaikan isu pertukaran agar ianya tidak mematahkan semangat juang guru-guru tambahan lagi yang berada di pedalaman sabah sepatunya diberi peluang untuk merasai sedikit kesenangan setelah beberapa tahun berjuang mendidik di pedalaman.Mungkin kalian tidak merasai keperitan,kesusahan dan kepayahan seperti mana yang merasai berada dipedalaman.Saya syorkan supaya pegawai berkenanaan buat lawatan dipedalaman sabah seperti ke Pitas,Telupid,Pinangah,Tongod, dan kawasan pedalaman lain agar dapat merasai sendiri keperitan itu.meminjam istilah nabil raja lawak...Lu fikir lah sendiri,ada kebenarannya..
Salam hormat

0 comments:

Banyak lagi yang menarik...teruskan membaca..

SEDIKIT PESANAN

Photobucket Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya.
Yusuf al-Qardawi

--------------------------------------

10 Pesanan Imam Syafiee r.a


Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

* Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

* Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

* Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

* Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

* Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

* Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

* Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

* Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

* Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

* Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

SUFI2U

BERITA PENDIDIKAN

DALAM PROSES

KARYA KREATIF

DALAM PROSES

TERIMA KASIH

IKLAN BERBAYAR

DOA-DOA HARIAN

Himpunan Doa Harian

Followers

SOALAN UPSR

DALAM PROSES

ANTIVIRUS PERCUMA

DALAM PROSES

  © Blogger templates Hak Cipta Terpelihara.Segala yang dipaparkan ini adalah tertakluk kepada undang2.Pihak kami tidak bertangunggjawab diatas segala masalah yang terjadi akibat penggunaan blog ini.Blog ini bukanlah blog rasmi mana2 jabatan kerajaan. by Ourblogtemplates.com 2008

kembaliKeatas