MATI
Dalam menghayati firman Allah "Setiap yang bernyawa pasti akan mati" adalah satu peringatan kepada seluruh umat manusia.Jika kita seorang raja,perdana menteri,jutawan,seorang guru,ulama mahupun seorang ahli maksiat maka tidak akan lari dari menemui kematian.Inilah janji Allah yang ditakdirkan kepada makhluk nya.Persoalan kematian seringkali ditanya oleh setiap manusia,kemana halatuju selepas mati dan apakah nasib yang bakal diterima nya nanti.Jawapanya jelas terletak kepada sejauh manakah amalan yang kita lakukan di atas dunia dahulu..kata pepatah melayu "buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat".Islam telah memberikan jawapannya mengenai kematian...mungkar dan nakir dan azab kubur telahpun dijelaskan oleh Allah.Apakah yang akan berlaku kepada kita disaat jasad terkujur diruangan tamu disaat itu harta dan seisinya tidak berguna lagi.Maka dimanakah roh kita disaat itu.Apabila roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.
“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanaku.
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."
Sahabat-sahabat,
Dikesempatan yang ada maka seharusnya kita muhasabah diri sendiri untuk melihat sejauhmanakah amalan yang kita lakukan ini mampu membantu kita disaat kita memerlukan nanti.Kehidupan yang bakal ditempuhi lebih panjang dari yang telah dilalui didunia ini.Kemarau didunia tidak sama seperti kemarau diakhirat dan seharusnya difikir secara mendalam dengan akal kita yang matang ini.Janganlah kerana mengejar sedikit keuntungan dunia maka ditinggalakan kehidupan akhirat yang kekal selamanya.Sehari diakhirat maka disamakan dengan 1000 tahun didunia,maka mampukah kita untuk berada beberapa tahun akhirat sementara menanti dihisab...
0 comments:
Post a Comment