JOM BOIKOT PRODUK ISRAEL
Kempen boikot barangan israel diteruskan lagi..untuk maklumat lanjut sila klik muslim consumer
Kempen boikot barangan israel diteruskan lagi..untuk maklumat lanjut sila klik muslim consumer
Isu guru yang tak dapat pindah bukan kerana penuh atau tidak, tetapi kesilapan KPM dalam memastikan guru-guru lama mendapat hak yang setimpal.
Ini adalah sebahagian dari tanggungjawab KPM dalam menjaga kebajikan guru-guru.Saya tidak mahu mengulas dan komen panjang hal ini tetapi kadang-kadang kesilapan itu perlu ditegur agar pihak yang berkenaan membuka mata seluas-luasnya.
Perkara ini juga seringkali berlaku dengan menggunakan istilah "orang dalam" ataupun "kabel" menyebabkan guru yang lama bertugas tidak mendapat hak yang sepatutnya.Ini berlaku dan memang berlaku dalam pertukaran guru akademik mahupun guru pendidikan islam.Soalnya kepada siapa yang wajar dipersalahkan sedangkan pada masa yang sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin sibuk melaungkan kempen anti rasuah dan "Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan" dan pada masa yang sama ada lagi segelintir manusia yang tidak mahu berpegang kepada kempen yang diperjuangkan itu.Amat malang sekali negara kita mempunyai pegawai yang malang ini.Sedangkan hasrat PM untuk membangunkan dan memperkasakan Negara Malaysia yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
Saya dimaklumkan juga oleh kawan saya seorang ustaz,sudah 8 tahun berada di Pedalaman Sabah tetapi tidak dapat balik namum ada guru yang tak sampai 2 tahun perkhidmatannya sudah dapat balik bertukar di negeri Kelantan.Ini bukan fitnah dan cerita ini ada kebenarannya.saya cuba menyiasat kenyataan kawan saya itu kerana takut ianya adalah fitnah dan kenyataannya memang benar.Tak sampai 2 tahun perkhidmatan sudah dapat pindah.Siapa yang harus dipersalahkan...? BPI ataupun KPM...tepuk dada tanya iman.Saya tak mahu komen dan tulis panjang2 dalam blog ni takut nanti kena saman.Hancur kerjaya saya..tapi saya beranikan diri untuk nyatakan kebenaran dan yang hak kerana nabi sendiri mengarahkan umatnya supaya menyatakan kebenaran walaupun ianya pahit sekalipun.Untuk menyelesaikan masalah ini SPRM wajar bertindak bukan hanya menunggu laporan barulah bertindak.Pantau lah kerja mereka..bimbang nanti ada permainan kotor terkutuk yang sudah lama diamalkan.Rosak negara jika ini berlaku..Allah telah mengingatkan kita dalam firmannya
"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan kamu membawa urusan harta itu ke mahkamah supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahuinya." (Surah al-Baqarah, ayat 188)
Rasuah tidak akan berlaku jika hanya satu pihak yang wujud. Sekurang- kurangnya perlu ada dua pihak bagi membolehkan dosa rasuah berlaku. Oleh itu, kedua-dua pihak terbabit dikira melakukan perbuatan yang diharamkan Islam.
Malah, kedua-duanya dilaknat oleh Allah atas amalan keji itu. Dalam hal ini,
Nabi Muhammad S.a.w bersabda bermaksud: "Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah." (Hadis riwayat at-Tirmizi) Maknanya semua pihak yang terbabit dalam rasuah akan dilaknat oleh Allah. Perkataan laknat dalam al-Quran disebut sebanyak 37 kali.
Mereka yang dilaknat oleh Allah yang disebut dalam al-Quran antaranya:- * Iblis - "Sesungguhnya laknat-Ku tetap ke atasmu hingga hari akhirat." (Surah Sod, ayat 78) * Bani Israil - "Telah dilaknat orang kafir daripada Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampui batas." (Surah al-Maidah, ayat 78)
Jadi dalam kes rasuah, mereka yang mengamal rasuah memang setaraf dengan Bani Israil, iblis dan orang zalim yang lain kerana semuanya mendapat laknat Allah.
Mungkin harta yang diperoleh cepat habis atau mudah hilang sama ada dicuri atau dirompak. Hal itu disebabkan tiada keberkatan dalam rezeki yang diperoleh. Mungkin juga dia cenderung untuk ditimpa sakit, kemalangan dan sebagainya.
Semua ini bala Tuhan yang jarang disedari oleh masyarakat kerana kurang mengaitkan bencana yang menimpa dengan salah laku yang dilakukan. Isu rasuah juga ada kaitan dengan sikap amanah.Orang yang amanah tidak akan melakukan sesuatu yang di luar batas agama kerana tahu setiap amalannya akan dihisab dan dihitung di akhirat kelak. Ia tidak kira sama ada dia seorang pemimpin atau rakyat biasa, ketua atau pekerja biasa.
Jika sesuatu tugas dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah, rasuah tidak akan wujud dalam masyarakat, lebih-lebih lagi di kalangan masyarakat Islam yang percaya terhadap dosa pahala.Mereka menyedari bahawa setiap amalan baik atau buruk dilihat oleh Allah. Semuanya dan dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid.
Saya tahu tulisan ini tidaklah memberi erti apa-apa kepada pegawai yang berkenaan seumpama Anjing menyalak bukit,bukit tak akan runtuh.Tetapi percayalah dan yakinlah bahawa PM dan TPM sedang memerhatikan kerja kita ini.Jangan sampai PM melahirkan kekecewaan dengan Indeks Prestasi Kerja barulah pegawai berkenaan terjolok biji mata untuk mengatur langkah.Atasilah perkara ini secara bijaksana agar tidak menganiayai sesiapa.Dan yang paling penting Allah melihat kerja yang dilakukan itu jujur atau sebaliknya.
Sedikit peringatan dan nasihat dari saya kepada yang memegang jawatan ini agar lebih berhati-hati dan telus dalam menyelesaikan isu pertukaran agar ianya tidak mematahkan semangat juang guru-guru tambahan lagi yang berada di pedalaman sabah sepatunya diberi peluang untuk merasai sedikit kesenangan setelah beberapa tahun berjuang mendidik di pedalaman.Mungkin kalian tidak merasai keperitan,kesusahan dan kepayahan seperti mana yang merasai berada dipedalaman.Saya syorkan supaya pegawai berkenanaan buat lawatan dipedalaman sabah seperti ke Pitas,Telupid,Pinangah,Tongod, dan kawasan pedalaman lain agar dapat merasai sendiri keperitan itu.meminjam istilah nabil raja lawak...Lu fikir lah sendiri,ada kebenarannya..
Salam hormat
Bahagian Pendidikan Islam mula ditubuhkan pada bulan Ogos 1995. Sebelum itu, jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM ). Pada awal penubuhannya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ialah sebuah unit yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menguruskan bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan pengurusan guru-guru agama yang baru diambilalih. Ia dikenali dengan nama Unit Pelajaran Agama.
Pada tahun 1973 Unit Pelajaran Agama dinaiktaraf menjadi Bahagian Pelajaran Agama dengan diketuai oleh seorang pengarah. Pada tahun 1983, nama Bahagian Pelajaran Agama ditukar kepada Bahagian Pendidikan Islam ( BPI ) sehinggalah ke tahun 1995. Pada tahun 1995 bidang tugas BPI ditambah lagi dengan memasukkan mata pelajaran moral di bawah kendalian BPI. Dengan yang demikian BPI dinaiktaraf kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ( JAPIM ). Tetapi selepas penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sekali lagi nama Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral(JAPIM) ditukar kembali kepada Bahagian Pendidikan Islam(BPI) dan diletakkan di bawah Sektor Operasi Pendidikan.
MOTO
"Bahagian Pendidikan Islam (BPI) bertanggungjawab melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia menerusi pendidikan Islam"
FUNGSI BPI
Bahagian Pendidikan Islam (BPI) menguruskan aspek-aspek berikut:
* Dasar Pendidikan Islam
* Dasar Bahasa Arab
* Kurikulum Pendidikan Islam
* Kurikulum Bahasa Arab
* Guru Pendidikan Islam
* Guru Bahasa Arab
* Dakwah & Kepimpinan
* Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
* Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
OBJEKTIF
1. Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam yang berkesan untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia bagi membangunkan masyarakat dan negara.
2. Meningkatkan kualiti Bahasa Arab yang berkesan untuk membolehkan pelajar berkomunikasi dengan baik dan mendalami pelbagai sumber ilmu.
3. Meningkatkan kualiti pengurusan penempatan dan pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Islam dengan cekap dan strategik supaya perkhidmatannya dapat menyumbang ke arah keberkesanan pendidikan Islam.
4. Meningkatkan kemahiran dan keterampilan Guru Pendidikan Islam dan Guru Bahasa Arab secara berterusan dalam pelbagai bidang supaya pengajaran dan pembelajarannya sentiasa menarik dan berkesan.
5. Meningkatkan dakwah, penghayatan Islam dan nilai-nilai murni secara berhikmah di kalangan pegawai, guru, kakitangan pendidikan dan pelajar untuk membantu keberkesanan pendidikan Islam.
6. Meningkatkan perkhidmatan sistem maklumat pendidikan Islam yang telus dan tepat untuk mengetahui tahap prestasi pencapaian program dan pembinaan perancangan yang lebih berkesan.
7. Meningkatkan hubungan dan kerjasama antara JAPIM dengan masyarakat, jabatan dan agensi dalam dan luar negeri secara permuafakatan supaya semua program dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.
8. Meningkatkan kualiti dan prestasi kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama sebagai model sistem pendidikan kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang berkeupayaan mengamalk an cara hidup yang berteras kan Islam di dalam pembangunan diri, masyarakat dan negara.
9. Meningkatkan penyelarasan sekolah-sekolah agama untuk mewujudkan kesepaduan dengan sistem pendidikan kebangsaan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami Warga Bahagian Pendidikan Islam (BPI) yang menjunjung Amanah Pembangunan Insan Mulia, berikrar dan berjanji dengan penuh ikhlas dan tekad selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:
1. Melaksanakan Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
2. Memastikan keberkesanan kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah-sekolah.
3. Memajukan sekolah-sekolah Agama.
4. Memastikan pelajar mendapat Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah-sekolah mengikut keperluan.
5. Meningkatkan tahap profesionalisma guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
6. Memastikan aktiviti dakwah dan kepimpinan pelajar berkesan dan sempurna.
7. Mempertahankan akidah pelajar daripada sebarang penyelewengan.
FALSAFAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
-------------------------------------------------------------------------------------
SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-
(a) Pendidikan Prasekolah
* Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
(b) Pendidikan Rendah
* Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antaralima hinggah tujuh tahun;
* Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;
(c) Pendidikan Menengah
* Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;
* Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :-
1. sekolah akademik
2. sekolah teknik dan vokasional
3. sekolah kebangsaan agama
(d) Pendidikan Lepas Menengah
* Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.
Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.
Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-
* Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.
* Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.
-------------------------------------------------------------------------------------
KURIKULUM KEBANGSAAN
“... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”
Akta Pendidikan 1996
[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]
-------------------------------------------------------------------------------------
PERUNDANGAN PENDIDIKAN
1957 - The Education Ordinance, 1957
1961 - Education Act, 1961
1963 - Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak - 1971)
1971 - Akta Universiti dan Kolej Universiti
1974 - Akta Politeknik Ungku Omar
1980 - Akta Majlis Peperiksaan Malaysia
LAPORAN PENTING
1956 - Report of the Education Committee, 1956 (Penyata Razak)
1960 - Report of the Education Review Committee, 1960 (Penyata Rahman Talib)
1967 - Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
1973 - Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran
dan Masyarakat (Laporan Keciciran)
1979 - Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir)
1991 - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan
Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan
1957 - Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah
1970 - Bahasa pengantar darjah 1
1975 - Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan
1976 - Bahasa pengantar Tingkatan 1
1979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera
1980 - Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti
1981 - Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
1982 - Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
1983 - Bahasa pengantar semua kursus di universiti
Peperiksaan Sekolah Rendah
1957 - MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan
1963 - MSSEE dimansuhkan
1967 - PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan
1973 - UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan
1982 - UDT dimansuhkan
1988 - PDL dimansuhkan
1988 - UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan
Peperiksaan Sekolah Menengah
1957 - LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan
1957 - OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan
1957 - FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan
1957 - QT ( Qualifying Test) dimulakan
1960 - SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan
1961 - UK (Ujian Kelayakan) dimulakan
1962 - SPPTM (Sijil Pel. Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan
1964 - SPPTM dimansuhkan
1964 - FMC dimansuhkan
1964 - MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan
1964 - SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan
1967 - SRP/LCE soalan objektif mula digunakan
1968 - OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia.
1969 - SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan
1976 - Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan
1976 - MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan
1982 - HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan
1982 - STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dimulakan
1983 - LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan
1983 - SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
1987 - Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V)
1987 - SPM di seluruh Malaysia dimulakan
1991 - KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan
1992 - Tahun terakhir bagi SRP
1993 - PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan
1993 - SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan
Kurikulum
1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah
1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah
1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah. Sekolah yang
telah melaksanakan Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah
Peperiksaan Khas
1964 - Penubuhan Unit Pendidikan Khas
1978 - Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh
1981 - Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas
(Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan,Kementerian Buruh
dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikansebagai Pengerusi dan setiausaha)
1984 - Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara Kementerian-Kementerian.
1984 - Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri
1984 - Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
Shah Alam ditubuhkan
1985 - Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran Malaysia
1985 - Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara
1985 - Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan
1987 - Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam
1987 - Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
1988 - Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-kanak
dengan Perlakuan Autisme Ringan
1989 - Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara
1991 - Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-keperluan
Pendidikan Khas
1993 - Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan danPelaksanaan Pendidikan
bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluanPendidikan Khas.
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana j-QAF Negeri Kelantan dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan, Tuan Haji Mohd Ghazali Ab. Rahman.
Hadir sama ialah Ketua-Ketua Sektor JPN, Pegawai Pelajaran Daerah, semua pegawai SPI JPN Kelantan, Pegawai j-QAF PPD serta wakil MGB, BTP, IPKB dan JNS Negeri Kelantan.
Dalam ucapannya, Tuan Pengarah menjelaskan 5 cabaran utama pelaksanaan program j-QAF JPN Kelantan yang meliputi perkara berikut:
(1) j-QAF TIDAK BOLEH GAGAL
(2) MENCAPAI TERAS PIPP
(3) KELANTAN TERSOHOR 2010
(4) LAPORAN PARLIMEN 2010
(5) RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
CABARAN 1: j-QAF TIDAK BOLEH GAGAL:
Memastikan setiap model j-QAF mencapai objektif selaras dengan peruntukan besar, pertambahan guru dan peralatan yang disediakan. Jangka masa 6 tahun di sekolah rendah perlu bagi pencapaian objektif & matlamat pelaksanaan j-QAF bagi proses pembinaan Negara Bangsa.
CABARAN 2: MENCAPAI TERAS PIPP:
Memastikan outcome setiap unjuran pencapaian dalam semua teras mencapai tahap keyakinan rakyat terhadap dasar kerajaan dan meneguhkan kepercayaan kerajaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pendekatan yang Produktif, Kreatif, Inovatif.
CABARAN 3: KELANTAN TERSOHOR 2010:
Memastikan pencapaian setiap elemen j-QAF, 100% Khatam dengan mengutamakan pengurusan headcount pencapaian setiap murid. Pencapaian j-QAF mesti menyumbang kepada Kelantan Tersohor 2010.
CABARAN 4: LAPORAN PARLIMEN 2010:
Memastikan laporan pencapaian j-QAF bagi negeri Kelantan pada tahap amat memberangsangkan dan mendokong inspirasi kerajaan apabila dibentangkan di Parlimen pada tahun 2010
CABARAN 5: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN:
Dalam konteks Satu Malaysia, kita amat perlu memahami kehendak rakyat: Basmi gejala sosial, hidup beragama, membina generasi beriman, berilmu, berketrampilan dan berakhlak mulia) Pembinaan negara yang aman makmur bermula dengan pendidikan berkesan berteraskan Quran & Fardhu Ain.
SUMBER :
BLOG WAN ZUHAIRI
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 akan diumumkan di seluruh negara pada 19 November ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.
Menurutnya, analisis keputusan UPSR 2009 juga akan diumumkan pada hari sama di Putrajaya pada pukul 9 pagi.
"Seramai 517,908 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, seramai 510,125 orang atau 98.5 peratus calon adalah dari sekolah di bawah Kementerian Pelajaran dan sekolah bantuan kerajaan.
Katanya, baki seramai 7,783 orang iaitu 1.5 peratus merupakan pelajar swasta.
Tambah beliau, mereka menjalani UPSR di 8,289 pusat peperiksaan yang disediakan di seluruh negara.
Perkataan ‘wahhabi’ dalam penulisan Barat mempunyai berbagai huraian. Kesemuanya menjurus kepada aliran Islam yang dilihat begitu berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah secara literal dan enggan melihat tafsiran yang lebih moden atau tafsiran yang agak ‘western influence’. Clinton Bennet memasukkan ‘wahhabis’ dan deobandis dibawah kelompok ‘traditionalists’ yang bererti sekaligus berada di bawah aliran ‘fundamentalist’ (lihat: Muslim and Modernity 18-20, London: Continuum).Sebahagian penulisan Barat melihat wahhabi sebagai aliran yang menganggap ‘hanya Islam agama yang benar’, wajib menegakkan ‘Islamic State’, adanya ‘jihad’ menentang kuffar dan lain-lain ciri-ciri yang dianggap unsur ‘padang pasir’ sekaligus cuba dikaitkan dengan terrorism.
Di Malaysia pula, perkataan ‘wahhabi’ adalah perkataan misteri. Apa tidaknya, ramai yang menyebutnya atau menfitnah orang lain dengan menggunakan perkataan itu, padahal mereka pun tidak faham. Bagi mereka, itu adalah senjata untuk mempertahankan diri ketika dikritik. Saya masih ingat, di satu tempat di sebelah Utara, apabila ada imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya, lalu dia dikritik atas sikap salahguna agama untuk kepentingan diri, dengan mudah dia menjawab: “siapa tak setuju dengan saya dia wahhabi”. Pemberi nasihat yang barangkali tidak terdedah kepada banyak maklumat dan kali pertama mendengar perkataan itu, terpinga-pinga bertanya: “apa itu wahhabi?”. Jawab tok imam: “Siapa yang mengkritik ustaz dia wahhabi”. Maka tidaklah berani lagi ‘penasihat’ itu berbeza pandangan dengan ‘tok imam’ dan mempertikaikan ‘infallibility’ ustaz, takut jadi wahhabi.
- Gambar Hiasan
Di sesetengah tempat seseorang dituduh wahhabi kerana menentang amalan-amalan khurafat. Umpamanya, menggantung gambar orang tertentu seperti sultan atau tok guru dengan kepercayaan boleh menambah untung atau rezeki, atau mengikat benang hitam di tangan bayi yang baru lahir atas kepercayaan menolak sial atau bala dan berbagai kekarutan yang menghantui sebahagian masyarakat. Malangnya amalan-amalan ini bukan sahaja mendapat restu sesetengah yang bergelar ‘ustaz’, bahkan merekalah punca. Jika ada yang mengkritik, untuk mempertahankan diri maka ‘sang ustaz’ itu dengan mudahnya akan menyebut: ‘awak wahhabi’.
- Gambar Hiasan
Sama juga, mereka yang tidak bersetuju dengan kenduri arwah dituduh wahhabi. Padahal kitab melayu lama Bughyah al-Talab karangan Syeikh Daud al-Fatani sendiri menyebut: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya”. Jika pun mereka tidak dapat menerima bahan mereka sendir, mengapa mereka merasa diri infallible, dan mengharamkan orang lain berbeza dengan mereka dengan menggunakan senjata ‘awak wahhabi’.
Sesetengah kelompok agama pula, mereka membaca dan menyebarkan riwayat-riwayat yang tertolak; seperti Israliyyat yang bercanggah dengan nas-nas Islam, hadis-hadis palsu atau kisah-kisah wali atau sufi yang menjadikan manusia keliru tentang keanggunan Islam. Mereka menyebarkannya dalam ceramah dan sesetengahnya menjadikannya modal untuk ‘bisnes’ mereka. Islam menjadi kabur dengan cerita-cerita itu dan menyebabkan agama agung ini kelihatan bagaikan ‘kartun’ dan ‘lucu’. Jika ada yang menegur para penceramah ini; jawapannya ‘awak wahhabi’. Walaupun yang menegur itu tidak pernah pun membaca buku Muhammad bin ‘Abdul Wahhab.
Lebih buruk lagi apabila isu wahhabi digunakan oleh pihak berkuasa agama. Jika ramai pegawai agama itu atau yang sealiran dengan mereka bertarekat, atau pembaca hadis-hadis palsu dan lucu, maka mana-mana sahaja guru yang mengajar al-Quran dan hadis sahih serta tidak bersetuju dengan kekeliruan itu akan disenaraikan sebagai wahhabi dan diharamkan mengajar di masjid dan surau. Nama sultan akan digunakan.
Dalam masa yang sama mereka membiarkan kemungkaran yang jelas di sana sini, lalu sibukkan diri dengan kelompok revivalist yang tidak mengancam masyarakat sama sekali. Jika ada pun, ancaman itu kepada pemikiran kejumudan dan kekolotan, bukan kepada masyarakat. Untuk menjustifikasikan kesibukan mereka dengan kelompok ini sehingga meninggalkan kemungkaran hakiki, mereka kata: “ini lebih bahaya kerana wahhabi”. Apa itu wahhabi? Jawab mereka wahhabi itu wahhabi! Sikap ini menjadi lebih panas apabila munculnya di Malaysia ‘aliran pengkafir umat’ yang bernama Ahbash yang bersekongkol dengan sesetengah pihak agama.
Di peringkat yang lebih tinggi, istilah wahhabi dikenakan kepada mereka yang tidak terikat dengan mazhab al-Syafi’i. Kononnya, mereka yang tidak ikut mazhab itu wahhabi. Saya telah sebut nas-nas ulama tentang hal ini dalam artikel-artikel yang lepas.
Persis seperti yang disebut oleh Dr al-Qaradawi:
“Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah swt” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).
Apa yang menariknya di Malaysia, sesetengah ‘mereka ini’ apabila menjadi ‘penasihat-penasihat’ bank, bagi memenuhi keperluan bank-bank yang beroperasi atas nama Islam itu, mereka bersetuju pula dengan pandangan-pandangan hukum yang diambil tanpa mengikut mazhab. Bahkan pandangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h begitu banyak diambil dalam masalah muamalat ini. Ini kerana, di seluruh dunia pandangan-pandangan beliau memang dikutip dalam memajukan masyarakat Islam. Padahal ‘sesetengah mereka ini’ di luar mesyuarat bank yang ber‘elaun’ itu, mereka menuduh Ibn Taimiyyah wahhabi, dan sesiapa yang bersetuju dengan Ibn Taimiyyah sebagai ‘wahhabi’. Bahkan di luar bank mereka bersekongkol dengan golongan yang mengkafirkan atau menyesatkan Ibn Taimiyyah.
Demikian ketika saya menjadi mufti dahulu, apabila saya memberikan padangan larangan mengintip (tajassus), boleh menjawab salam bukan muslim, wajib membinkan kepada bapa asal sekalipun bapanya bukan muslim, masjid untuk kaum cina, keluasan menerima pandangan dan lain-lain lagi, maka pandangan-pandangan ini dituduh oleh sesetengah pihak agama sebagai wahhabi. Padahal pandangan tersebut jika dibincangkan di Barat dianggap dalam aliran modernism atau rationalism dan penentangnya mungkin akan dimasukkan kepada kelompok wahhabism.
Di Malaysia, sebaliknya, yang terbuka itu wahhabi dan sesat, yang tertutup itulah yang ‘membolot segala kebenaran’. Cara fikir beginilah yang menguasai sektor-sektor agama kerajaan dan mencepatkan ‘pereputan’ kekuatan kerajaan yang ada. Cara fikir begini jugalah yang menguasai sesetengah aliran agama dalam pembangkang. Sebab itu barangkali, lima puluh tahun kemerdekaan, bukan muslim bukan sahaja tidak bertambah faham, sebaliknya bertambah keliru dan tegang mengenai Islam.
Tindakan mereka ini mengingatkan saya kepada artikel David Brubaker bertajuk Fundamentalisn vs Modernism: A Consideration of Causal Conditions bahawa penentangan terhadap pembaharuan lebih merujuk kepada masalah survival kelompok. Dalam usaha untuk hidup dan terus mendapat tempat dalam masyarakat dan kerajaan maka golongan pembaharuan akan ditentang. Bagi saya, bukan isu wahhabi sebenarnya, tetapi bimbang terpinggirnya tempat dan kedudukan. Namun, apabila mereka merasa ada ruangan untuk mendapat ‘kedudukan’ seperti isu perbankan tadi, mereka dapat pula menerima pandangan yang berbeza tanpa menuduh bank yang memberi elaun bulanan dan elaun mensyuarat itu sebagai ‘bank mazhab wahhabi’.
David Brubaker menyebut untuk survival mereka terpaksa memilih antara dua ‘occomodation or resistance’. Maka, di Malaysia ramai yang dituduh wahhabi, namun ia adalah tuduhan misteri. Saya juga tidak menafikan ada yang dianggap wahhabi itu sendiri perlu bertolak ansur dalam sebahagian pendapat. Namun, untuk menuduh orang lain wahhabi hanya kerana perbezaan pendapat, itu adalah sikap jakun yang cuba hidup di zaman globalisasi.
dari petikan:http://drmaza.com/home/?p=664
Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh karena itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.
Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali.Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat dan dalam keadaan terlalu genting.
Tanpa membuang waktu lagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan
tempur tanpa sempat mandi junub.
Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah
menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub.
maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam
sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan
di dalam bejana perak.”
Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat
mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun.
Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi
dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada
menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.
subhanallah…
© Blogger templates Hak Cipta Terpelihara.Segala yang dipaparkan ini adalah tertakluk kepada undang2.Pihak kami tidak bertangunggjawab diatas segala masalah yang terjadi akibat penggunaan blog ini.Blog ini bukanlah blog rasmi mana2 jabatan kerajaan. by Ourblogtemplates.com 2008
kembaliKeatas